PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-FlourisHER – Jangan Risau, Ketulan Payudara Tu Biasa Je’ – Betul ke ?

Jumaat, 30 Mei 2025 – “Jangan risau, ketulan payudara tu biasa je.” Ayat ini sering kita dengar apabila seseorang wanita mengadu tentang perubahan atau ketulan yang dirasai di payudaranya. Namun, sejauh mana kenyataan ini benar? Adakah semua ketulan itu tidak berbahaya?

Di webinar kali ini, kami percaya bahawa kesihatan wanita bermula dengan kesedaran. Memang benar, tidak semua ketulan di payudara bermaksud kanser. Ada yang berpunca daripada perubahan hormon, jangkitan, atau ketumbuhan jinak seperti fibroadenoma. Tetapi, tidak wajar untuk mengabaikan atau membuat andaian sendiri.

Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) secara berkala penting untuk mengesan sebarang perubahan awal. Jika anda menemui ketulan, segeralah berjumpa pakar. Hanya melalui pemeriksaan klinikal dan imbasan seperti mamogram atau ultrasound, kita boleh mengetahui jenis sebenar ketulan itu.

Kami menyediakan ruang selamat untuk wanita mendapatkan maklumat, sokongan, dan pemeriksaan awal. Matlamat kami bukan untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk memperkasakan wanita agar berani menjaga tubuh sendiri.

Ingat, menjaga kesihatan bukan bermaksud menunggu sakit, tetapi bertindak sebelum terlambat. Jadi, lain kali kalau ada yang kata, “Jangan risau, ketulan tu biasa je,” tanyakan balik — “Dah buat pemeriksaan belum?”

Berita Berkaitan