PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kios Perkhidmatan NADI Pintar di Karnival SK Mentuan

NADI Kampung Panjang Banggu bersama NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh, NADI Padang Kala, dan NADI Kampung Pantai Sabak telah mengambil bahagian dalam Karnival Sekolah Kebangsaan Mentuan 2025 dengan membuka Kiosk Perkhidmatan NADI Pintar.

Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk pelajar dan pengunjung, termasuk pendaftaran ahli NADI & MyDigital ID, saringan kesihatan percuma, hebahan perkhidmatan pintar NADI dan inisiatif kerajaan, serta kuiz Kempen Internet Selamat. Program ini memberi peluang kepada pelajar dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan digital, keselamatan internet, dan manfaat menjadi ahli NADI.

Pihak NADI mengucapkan penghargaan kepada Sekolah Kebangsaan Mentuan atas jemputan untuk turut serta dalam karnival ini, serta kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan program. Inisiatif seperti ini diharap dapat terus meningkatkan kesedaran digital dan kemahiran masyarakat dalam era teknologi masa kini.

Berita Berkaitan