Program DiLea Tuisyen Rakyat: Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi 5 telah dilaksanakan pada 11 April 2026 (Sabtu) dari 2.30 petang hingga 4.30 petang menerusi platform Google Meet di NADI Kampung Panjang Banggu. Program ini disasarkan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
Webinar ini bertujuan membantu pelajar memahami teknik penulisan karangan yang betul dan berkesan. Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan cara menyusun isi dengan lebih teratur, mengembangkan idea secara jelas, serta menghasilkan karangan yang lebih menarik dan berkualiti.
Selain itu, pelajar turut diberikan tip penting untuk meningkatkan keyakinan dalam penulisan, termasuk pendekatan mudah untuk menjawab soalan serta teknik memperbaiki gaya penulisan. Program ini diharap dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu dan seterusnya mencapai prestasi yang lebih baik dalam akademik.


