Program Siri Webinar Kempen Internet Selamat 2026 Siri 17 bertajuk “Sahkan Sebelum Sebar: Perang Melawan Berita Palsu” telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Julai 2026 secara dalam talian di NADI Kampung Panjang Banggu.
Webinar ini telah dikendalikan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Syed Zulkarnain Syed Idrus yang berkongsi penerangan berkaitan risiko menyebarkan atau dalam kata moden “forwaded” berita palsu. Peserta turut diberikan pendedahan tentang langkah keselamatan digital, cara mengenal pasti berita palsu serta kepentingan membuat semakan sebelum berkongsi berita yang didengari atau diperolehi.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara selamat, khususnya dalam urusan pensebaran berita yang kini giat merebak dalam kalangan masyarakat dan semakin menjadi kebiasaan.


