PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, NADI Kampung Panjang Banggu telah berjaya menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia pada 6 September 2025 (Sabtu) bertempat di perkarangan NADI Kampung Panjang Banggu. Program ini berlangsung dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang dengan penyertaan menggalakkan daripada komuniti setempat.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme, mengeratkan hubungan komuniti serta memberi peluang kepada penduduk setempat menikmati pelbagai aktiviti berfaedah dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya:

  • Pertandingan Mewarna Merdeka

  • Pertandingan Fesyen Pakaian Merdeka

  • Wayang Pacak

  • Kuiz Kemerdekaan

  • Saringan Kesihatan

  • Pendaftaran Ahli Baharu NADI

Program ini bukan sahaja memberi hiburan, malah berjaya menjadi platform untuk mendidik masyarakat tentang nilai kemerdekaan, kesihatan serta kepentingan kemahiran digital melalui peranan NADI sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional.

Berita Berkaitan