4 April 2026, Sabtu – Satu webinar berkenaan privasi data telah diadakan di NADI Kampung Panjang Banggu secara atas talian. Dalam webinar ini, peserta didedahkan dengan cara cctv dapat digodam dan bagaimana rangkaian wifi dapat menjadi sambungan kepada ancaman siber. Dalam dunia digital ini pelbagai langkah yang dapat diambil untuk memastikan setiap data anda dapat dijaga dengan baik dan selamat.
Dalam sesi webinar harini, peserta didedahkan dengan cara CCTV dapat digodam dan bagaimana sumber luar menggunakan wifi rumah/office/personal untuk memasuki ke dalam paparan CCTV rumah.
Program ini dapat memberi kesedaran kepada peserta akan pentingnya dalam menjaga privasi data mereka dan berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi dengan sesiapa sahaja walaupun telah dikenali lama. Dengan dunia siber yang serba canggih ini banyak cara yang dapat digunakan oleh mereka diluar sana untuk menceroboh ketenangan kita dengan mengambil data peribadi. Ingat- Data anda, Nyawa anda!
Sama-sama kita lindunginya dan bertanggungjawab dalam privasi data kita.


