PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADIPreneur/Empowerher Video Pra Latihan 28 (Nak Mula Bisnes: Apa Yang Perlu Dirancang?)

Program ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta yang berminat untuk memulakan perniagaan. Melalui tayangan video pra latihan ini, peserta diperkenalkan kepada aspek-aspek penting yang perlu dirancang sebelum memulakan perniagaan seperti mengenal pasti jenis produk atau perkhidmatan, sasaran pelanggan, modal permulaan serta penyediaan pelan perniagaan yang asas.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta dapat memahami kepentingan membuat perancangan yang teratur sebelum menceburi dunia keusahawanan. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran peserta mengenai langkah-langkah awal membina perniagaan yang mampan serta menjadi persediaan kepada mereka untuk mengikuti latihan-latihan keusahawanan yang seterusnya di NADI.

Berita Berkaitan