PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI – Wellbeing – Saya Tak Nak Label Anak Saya Autisme – Tapi Kenapa Diagnosis Itu Penting?

16 Julai 2025, Rabu : Webinar Studio Sihat kali ini membawakan topik yang amat penting dan relevan kepada masyarakat, iaitu “Saya Tak Nak Label Anak Saya Autisme – Tapi Kenapa Diagnosis Itu Penting?”Ramai ibu bapa berasa takut, sedih atau keliru apabila mendengar kemungkinan anak mereka menghidap autisme. Ada yang bimbang anak akan dilabel, ada juga yang beranggapan diagnosis itu akan menyebabkan anak “dicop” sebagai tidak normal. Namun, penting untuk kita faham bahawa diagnosis bukan bertujuan untuk menghukum atau mengehadkan, sebaliknya ia adalah langkah awal ke arah memahami dan menyokong perkembangan anak dengan lebih baik.

Diagnosis bukanlah satu “label kekal”, tetapi alat penting untuk membuka peluang – kepada pendidikan khas, intervensi awal, terapi pertuturan, kaunseling keluarga dan strategi pembelajaran yang sesuai. Tanpa diagnosis yang jelas, banyak bantuan mungkin tidak dapat diberikan kerana kriteria tertentu tidak dipenuhi.

Sebagai ibu bapa, keutamaan kita adalah kebahagiaan dan masa depan anak. Mendapatkan diagnosis autisme bukan bermaksud melabel anak, tetapi satu langkah bijak untuk memahami mereka dengan lebih mendalam. Dengan diagnosis yang tepat, ibu bapa dapat menyediakan sokongan awal yang sesuai, membuka peluang pembelajaran dan membina asas perkembangan yang lebih kukuh.

Jangan takut pada diagnosis — tak kenal, maka tak dapat bantu. Kenali anak anda, fahami keperluannya, dan bertindak awal. Itu adalah bentuk kasih sayang yang sebenar.

Berita Berkaitan