Ahad, 25 Mei 2025 : Program MAHIR-Masak terus menarik perhatian pencinta kulinari dengan penganjuran kelas khas bertajuk Pistachio Kunafa Brownies. Kelas ini telah diadakan bagi memberi peluang kepada para peserta mempelajari resipi fusion yang unik, menggabungkan rasa manis tradisional Timur Tengah dengan sentuhan moden barat.
Kelas ini disiarkan secara langsung dari Studio NADI Mahir dan berjaya menghimpunkan peserta yang terdiri daripada peminat dunia baking, suri rumah kreatif, usahawan makanan dan sesiapa sahaja yang mahu menambah ilmu serta kemahiran baru dalam penyediaan pencuci mulut bernilai tinggi.



