Pada 8 Mei 2026, telah berlangsung satu sesi NADI E-Sukan yang mana memfokuskan tajuk Tekanan Jangka Masa Panjang & Cara Kekal Konsisten. Sesi ini memberi pendedahan tentang cabaran untuk kekal konsisten dalam dunia E-Sukan, dan cara menangani emosi ketika kalah atau tertekan dan burnout semasa bermain.
Melalui sesi ini, peserta diberi kesedaran tentang tekanan jangka panjang seseorang permain untuk memastikan prestasi mereka sentiasa konsisten dan stabil semasa pertandingan. Peserta didedahkan dengan cara mengurus stress dengan baik dan betul melalui rehat yang mencukupi, jadual bermain yang flexible dan teknik fokus serta kawalan emosi yang betul. Diharapkan semua peserta dapat kekal konsisten dan bermain dengan sihat dalam dunia E-Sukan ini.


