PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI eSukan | Pengurusan Konflik Dalam Pasukan e-Sukan

Topik baharu daripada NADI eSukan adalah Pengurusan Konflik Dalam Pasukan e-Sukan” yang memberi fokus kepada kepentingan mengurus konflik secara berkesan dalam kalangan ahli pasukan eSukan bagi memastikan prestasi permainan dan kerjasama kekal stabil. Peserta didedahkan kepada punca-punca konflik yang sering berlaku dalam pasukan seperti perbezaan pendapat strategi, komunikasi yang tidak berkesan serta tekanan semasa pertandingan.

Selain itu, sesi ini turut menekankan kemahiran komunikasi yang baik, sikap saling menghormati dan keupayaan mendengar pandangan ahli pasukan lain sebagai asas kepada penyelesaian konflik. Peserta juga memahami bahawa pengurusan emosi dan sikap profesional amat penting dalam mengekalkan keharmonian pasukan serta meningkatkan prestasi keseluruhan dalam pertandingan eSukan. Program ini berjaya memberi pendedahan awal tentang kepentingan kerjasama dan disiplin dalam membentuk pasukan eSukan yang lebih mantap dan berdaya saing.

Berita Berkaitan