Program ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina identiti dan imej diri sebagai pemain e-sukan. Peserta diperkenalkan kepada asas personal branding serta cara menonjolkan keunikan, kemahiran dan identiti diri dalam dunia e-sukan.
Sepanjang program, peserta didedahkan kepada cara membina imej yang konsisten serta menghasilkan kandungan yang sesuai untuk memperkenalkan diri sebagai pemain e-sukan. Pengetahuan ini membantu peserta memahami kepentingan personal branding dalam membina kehadiran digital dan memperluaskan peluang dalam bidang e-sukan.

