NADI Cybersecurity telah membawa topik hangat berkenaan dengan Bagaiman Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar. Sesi kali ini memberi penerangan yang jelas bagaimana hacker atau pemangsa diluar sana menggunakan data peribadi seseorang untuk menyelongkar dan mencuri akaun bank tanpa kita sedar. Peserta diberikan pendedahan tentang bagaimana berlakunya situasi akaun bank mereka boleh dicuri dengan teknik phishing, panggilan palsu dan link tidak dikenali. Kadang-kadang link yang dihantar oleh hacker ini boleh menyerupai bank yang sebenar sehingga membolehkan seseorang terjebak dengan tektik scammer ini.
Dalam sesi ini juga, peserta digalakkan dan diminta untuk mencegah perbuatan scammer ini dengan memastikan setiap akaun tidak di linkkan ke mana-mana tempat atau apps yang tidak dikenali, menggunakan pengesahan dua faktor (2FA) untuk semua akaun bank.
Diharap selepas program ini, peserta dapat mengenali tanda-tanda penipuan online dan memastikan keselamatan digital sentiada dikemaskini untuk melindungi akaun bank.


