PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Cybersecurity | Ancaman Siber di Tempat Awam

NADI Cybersecurity telah membawakan topik berkaitan Ancaman Siber di Tempat Awam bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang risiko keselamatan digital yang sering berlaku di kawasan awam terutama tempat yang menyediakan rangkaian Wi-Fi percuma. Sesi kali ini menerangkan bagaimana pengguna boleh menjadi mangsa serangan siber tanpa sedar apabila menggunakan internet awam yang tidak selamat atau berkongsi maklumat peribadi secara terbuka.

Peserta didedahkan tentang teknik yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mendapatkan maklumat peribadi seperti meminta meminjam telefon untuk mengambil data atau memuat turun aplikasi melalui laman tidak rasmi dan berkongsi file melalui airdrop atau bluetooth.

Dalam sesi ini juga, peserta digalakkan untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan rangkaian internet awam dengan mengelakkan transaksi kewangan di tempat terbuka, menggunakan pengesahan dua faktor (2FA), tidak berkongsi maklumat sensitif secara terbuka dan memastikan peranti sentiasa dikemaskini dengan sistem keselamatan terkini.

Diharapkan selepas program ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber di tempat awam serta mengambil langkah keselamatan digital yang lebih baik bagi melindungi maklumat peribadi dan data penting daripada menjadi sasaran penjenayah siber.

Berita Berkaitan