Program “Senaman Atas Kerusi: Workout Selamat Untuk BMI Tinggi & Sendi Lemah” memberi fokus kepada kepentingan melakukan aktiviti fizikal yang selamat dan sesuai bagi individu yang mempunyai BMI tinggi serta masalah sendi lemah. Peserta didedahkan kepada pelbagai jenis senaman ringan menggunakan kerusi yang mudah dilakukan di rumah bagi membantu meningkatkan pergerakan tubuh, fleksibiliti dan kecergasan tanpa memberi tekanan berlebihan pada sendi.
Selain itu, peserta turut memahami bahawa senaman secara konsisten mampu membantu mengawal berat badan, meningkatkan kesihatan fizikal serta memberi kesan positif terhadap kesejahteraan diri. Program ini diharap dapat memberi galakan kepada mereka untuk memulakan gaya hidup yang lebih aktif secara selamat dan berperingkat.


