PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care | Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab

Jumaat | 4 July 2025 : Webinar Studio Sihat yang bertajuk Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab telah berjaya menarik perhatian ramai peserta, khususnya dalam kalangan warga emas dan penjaga mereka.

Ramai wanita masih keliru – Adakah merancang keluarga bermaksud menolak rezeki? Dalam webinar ini, kita akan bongkar realiti dan tanggungjawab sebenar di sebalik perancangan keluarga dari sudut kesihatan, agama dan kesejahteraan rumah tangga.

Perancangan keluarga sering disalah anggap sebagai satu usaha menolak atau menangguhkan rezeki. Hakikatnya, ia adalah satu langkah bijak dan bertanggungjawab dalam mengatur kehidupan keluarga agar lebih tersusun, harmoni, dan sejahtera. Dalam Islam sendiri, perancangan keluarga dibenarkan selagi ia tidak bertentangan dengan syariat dan bertujuan menjaga kesejahteraan ibu, anak, dan institusi keluarga secara keseluruhan.

Merancang keluarga bukan menolak takdir atau rezeki, tetapi menunjukkan bahawa kita menghargai nikmat yang Allah beri dengan bertindak secara bertanggungjawab. Ia adalah satu bentuk ikhtiar dan perancangan masa depan demi kebahagiaan dan kesejahteraan seisi keluarga.

Berita Berkaitan