PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care | Obesiti Dan Nutrisi Kanak-kanak: Memahami Punca Dan Peranan Keluarga Serta Persekitaran

Program kali ini memberi tumpuan kepada peningkatan kefahaman mengenai isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak serta faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut dari sudut pemakanan, gaya hidup dan persekitaran. Peserta didedahkan kepada punca utama obesiti kanak-kanak seperti pengambilan makanan tinggi gula dan lemak, kurang aktiviti fizikal serta pengaruh gaya hidup moden yang kurang aktif.

Selain itu, sesi ini turut menekankan peranan penting keluarga dalam membentuk tabiat pemakanan sihat sejak kecil, termasuk penyediaan makanan seimbang di rumah, kawalan snek tidak sihat serta galakan aktiviti fizikal secara konsisten. Peserta juga memahami bahawa persekitaran seperti sekolah, media dan rakan sebaya turut memainkan peranan besar dalam membentuk corak pemakanan dan gaya hidup kanak-kanak. Program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kerjasama antara keluarga dan persekitaran dalam mencegah obesiti serta membina generasi kanak-kanak yang lebih sihat dan aktif.

Berita Berkaitan