Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai penyakit Myasthenia Gravis, iaitu gangguan autoimun yang menyebabkan kelemahan otot. Melalui perkongsian pengalaman daripada pejuang penyakit ini, peserta dapat memahami cabaran yang dihadapi dalam menjalani kehidupan seharian serta kepentingan mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan kepada simptom-simptom utama Myasthenia Gravis, kaedah pengurusan penyakit, serta kepentingan sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat. Sesi perkongsian turut memberi inspirasi kepada peserta tentang kekuatan mental, ketabahan dan semangat untuk terus menjalani kehidupan secara positif walaupun berdepan dengan cabaran kesihatan yang berpanjangan.
Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta mengenai Myasthenia Gravis serta kepentingan empati terhadap individu yang menghidap penyakit kronik. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih prihatin, memahami keperluan pesakit, dan bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih cakna terhadap isu kesihatan.


