PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care | Empati: Dari Perspektif Psikologi

Sesi kali ini membawa topik “Empati: Dari Perspektif Psikologi”. Program ini memfokuskan kepada kepentingan empati dalam memahami emosi, pemikiran dan pengalaman individu lain dari sudut psikologi serta kesannya terhadap kesejahteraan mental dan hubungan sosial. Peserta didedahkan kepada konsep asas empati, termasuk perbezaan antara empati dan simpati, serta bagaimana kemahiran ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Selain itu, sesi ini turut menerangkan bagaimana empati memainkan peranan penting dalam komunikasi berkesan, pengurusan konflik, serta pembentukan hubungan yang lebih sihat dalam keluarga, tempat kerja dan komuniti. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para peserta yang hadir serta berjaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keseimbangan emosi dan kemahiran sosial dalam membina masyarakat yang lebih harmoni dan saling memahami.

Berita Berkaitan