PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care | Eczema & Skin Barrier: Bila Gatal Bukan Sekadar Kulit Kering

Kesedaran komuniti ditngkatkan dengan pengenalan tentang kepentingan penjagaan kulit yang betul serta memahami bahawa masalah kegatalan tidak semestinya berpunca daripada kulit kering semata-mata. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada fungsi skin barrier sebagai lapisan perlindungan kulit, faktor-faktor yang boleh merosakkan lapisan tersebut serta kaitannya dengan masalah ekzema dan kulit sensitif. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai kepentingan memilih produk penjagaan kulit yang sesuai dan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang selamat dan konsisten.

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti sesi perkongsian yang menekankan langkah-langkah menjaga skin barrier, mengurangkan risiko kerengsaan kulit serta mengenal pasti tanda-tanda awal ekzema. Program ini turut menggalakkan peserta mengamalkan penjagaan kulit yang lebih teratur, mengelakkan pencetus yang boleh memburukkan keadaan kulit serta mendapatkan nasihat yang sesuai sekiranya masalah berterusan. Melalui program ini, peserta diharap dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan kesihatan kulit dan kesejahteraan diri serta keluarga.

Berita Berkaitan