PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care | Diet Extreme: Jalan Pintas atau Perangkap

10 April 2026, Jumaat| rogram “Diet Extreme: Jalan Pintas atau Perangkap” memberi fokus kepada kesedaran tentang kesan dan risiko pengamalan diet ekstrem terhadap kesihatan fizikal dan mental. Peserta diberi penerangan kepada pelbagai jenis diet yang sering menjadi trend serta kesan jangka pendek dan jangka panjang yang boleh berlaku sekiranya diamalkan tanpa pemantauan atau pengetahuan yang betul.

Melalui program ini, peserta turut memahami kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang, pengurusan berat badan secara sihat dan perubahan gaya hidup yang konsisten berbanding mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Kaedah penjagaan kesihatan dan diet yang selamat, sihat dan berkesan amat penting untuk memastikan kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang. Semoga sesi ini dapat memberikan kesedaran kepada mereka yang terimplikasi dengan diet ekstrem ini.

Berita Berkaitan