11 Julai 2025, Jumaat – Webinar Studio Sihat kali ini membawakan tajuk yang sangat menarik bertajuk “Cucuk Banyak Sangat? Jom Faham Jadual Imunisasi Anak Malaysia” telah dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para ibu bapa dan penjaga mengenai kepentingan imunisasi serta pemahaman menyeluruh berkenaan Jadual Imunisasi Kebangsaan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Webinar ini bertujuan membetulkan salah faham berkaitan jumlah dan jenis vaksin yang diberikan kepada kanak-kanak, serta menjelaskan bagaimana imunisasi membantu melindungi anak-anak daripada penyakit berjangkit yang serius.
Melalui sesi ini, anda akan diterangkan:
🔹 Mengapa vaksin penting untuk anak-anak
🔹 Apakah jenis vaksin yang diberikan & bila waktu yang sesuai
🔹 Adakah vaksin selamat dan apa kesan sampingan biasa
🔹 Apa berlaku jika anak tidak lengkap imunisasi
🔹 Jawapan kepada mitos & salah faham berkaitan vaksin
Sesi akan dikendalikan secara santai tetapi penuh maklumat penting, dan anda juga boleh bertanya terus kepada pakar semasa sesi berlangsung.


