Pengetahuan mengenai baja penting dalam memastikan tanaman mendapat nutrien yang mencukupi untuk tumbuh dengan baik. sesi kali ini memberi fokus kepada topik keperluan baja, dengan peserta diperkenalkan kepada kepentingan pembajaan dalam pengurusan dan penjagaan tanaman.
Sesi ini turut memberikan pemahaman mengenai keperluan baja mengikut keadaan dan keperluan tanaman. Melalui penerangan yang diberikan, peserta dapat menambah pengetahuan tentang pengurusan pembajaan serta kepentingannya dalam membantu pertumbuhan tanaman yang lebih baik dan teratur.


