Program telah dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pengukuhan pembelajaran Modul 1 hingga Modul 4, di samping memperkenalkan video pembelajaran kendiri bagi Modul 5 hingga Modul 9. Peserta diberi peluang mengulang kaji dan mengukuhkan kemahiran asas Microsoft Excel yang telah dipelajari sebelum ini.
Melalui aktiviti pengukuhan dan pembelajaran kendiri, peserta dapat meningkatkan kefahaman serta keyakinan dalam menggunakan fungsi asas Excel untuk tugasan harian. Kaedah ini turut memberi ruang kepada peserta untuk belajar mengikut kemampuan sendiri dan mengulang semula kandungan pembelajaran melalui video yang disediakan.

