PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

MAHIR Jahit Intake 4 Modul 3 Sesi 1 – Jahitan Kreatif: PIN Cushion Comel

Untuk kelas minggu ini peserta didedahkan kepada teknik asas menghasilkan pin cushion atau kusyen jarum yang comel, kemas dan selamat digunakan. Selain itu, peserta turut mempelajari cara memilih fabrik yang sesuai, membuat pola ringkas dan menghasilkan jahitan yang lebih teratur dan kemas.

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti sesi praktikal yang menekankan langkah-langkah penghasilan pin cushion daripada proses penyediaan bahan, memotong fabrik, menjahit sehingga siap sebagai produk kreatif yang boleh digunakan sendiri atau dijadikan hadiah dan produk jualan. Program ini turut menggalakkan peserta mengembangkan kreativiti, meningkatkan keyakinan dalam kemahiran jahitan serta memanfaatkan bahan yang mudah diperoleh untuk menghasilkan produk yang bernilai dan menarik.

Berita Berkaitan