7 Julai 2025, Isnin-NADI Kampung Panjang Banggu dan pihak SSO Mahir terus komited mempelbagaikan program berbentuk kemahiran melalui platform Short Learning Series (SLS) NADI MAHIR. Pada 7 Julai 2025 yang lalu, satu sesi menarik bertajuk “Mahir Jahit: Buat Beg Sendiri? Jom Belajar Jahit Tote Bag!” telah berjaya dijalankan secara atas talian.
Peserta diajar langkah demi langkah asas menjahit dan menghasilkan tote bag sendiri – dari penyediaan bahan hingga ke teknik menjahit yang mudah diikuti oleh pemula
Program ini bertujuan untuk membuka ruang pembelajaran kemahiran asas jahitan kepada komuniti setempat, sekaligus memberi idea kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui kemahiran tangan.
Kelas ini membuktikan bahawa minat dan kesungguhan belajar tidak bergantung kepada jumlah kehadiran, tetapi keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru.


