Kelas Mahir Intake 3 telah memulakan sesi minggu pertama pada 12 hingga 16 Januari 2026 dan dilaksanakan secara atas talian melalui Google Meet di NADI Kampung Panjang Banggu.
Para peserta telah mengikuti sesi pengenalan bagi kelas mahir yang disertai masing-masing. Kelas yang terlibat adalah Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Foto dan Mahir Gajet.
Sesi pengenalan ini memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan objektif kelas, struktur pembelajaran serta kemahiran asas yang akan dipelajari sepanjang program. Ia bertujuan memastikan peserta memahami hala tuju kelas sebelum sesi pembelajaran seterusnya bermula.
Program Kelas Mahir Intake 3 akan diteruskan dengan modul pembelajaran berikutnya pada minggu-minggu seterusnya bagi memastikan proses pembelajaran berjalan secara berperingkat dan berkesan.
