PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Kelas MAHIR Intake 3 | Minggu Ke-2

Program Kelas NADI X Mahir Intake 3 diteruskan dengan pelaksanaan minggu ke-2 yang berlangsung dari 12 hingga 16 Januari 2026. Sesi pembelajaran dijalankan secara atas talian melalui Google Meet di NADI Kampung Panjang Banggu, mengikut sesi masing-masing.

Pada minggu ke-2 ini, para peserta telah mengikuti modul pembelajaran mengikut kelas mahir yang disertai. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:

  • Mahir Masak: SOP penggunaan mesin dan peralatan
  • Mahir Jahit: Pengenalan dan kenali alatan jahitan
  • Mahir Foto: Asas fotografi meliputi pengenalan, sejarah fotografi dan jenis-jenis kamera
  • Mahir Baiki Gajet: Pengenalan kelas Mahir Baiki Gajet, jenis alatan serta langkah keselamatan

Modul minggu ke-2 ini bertujuan untuk memberi pemahaman asas kepada peserta sebelum mereka melangkah ke sesi pembelajaran yang lebih praktikal pada minggu-minggu seterusnya.

Berita Berkaitan