Program Kelas NADI X Mahir Intake 3 diteruskan dengan pelaksanaan minggu ke-2 yang berlangsung dari 12 hingga 16 Januari 2026. Sesi pembelajaran dijalankan secara atas talian melalui Google Meet di NADI Kampung Panjang Banggu, mengikut sesi masing-masing.
Pada minggu ke-2 ini, para peserta telah mengikuti modul pembelajaran mengikut kelas mahir yang disertai. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:
- Mahir Masak: SOP penggunaan mesin dan peralatan
- Mahir Jahit: Pengenalan dan kenali alatan jahitan
- Mahir Foto: Asas fotografi meliputi pengenalan, sejarah fotografi dan jenis-jenis kamera
- Mahir Baiki Gajet: Pengenalan kelas Mahir Baiki Gajet, jenis alatan serta langkah keselamatan
Modul minggu ke-2 ini bertujuan untuk memberi pemahaman asas kepada peserta sebelum mereka melangkah ke sesi pembelajaran yang lebih praktikal pada minggu-minggu seterusnya.
